Wednesday, March 17, 2010

Glamour Photography


Speed : 1/200 Aperture :f/16
ISO : 800 Lens: 18mm-55mm

Ini merupakan projek akhir bagi Subjek fotografi pada sem ini dan projek ini dinamakan sebagai Glamour Photography . Bagi Projek ini , kami menggunakan studio untuk sesi pengambaran yang terdapat di FSGK untuk Jabatan Teknologi Seni Reka. Dalam Sesi kelas ini, kami dibantu oleh En. Hakimi iaitu pensyarah daripada program Seni Halus (Fotografi) , En. Azaini (Animasi) , En.Azwan ( Grafik) dan En Sylvester (Grafik) .


Speed: 1/200 Aperture : f/13
ISO : 800 Lens: 18mm- 55mm

Kami telah diajar tentang penggunaan Cahaya (Lighting) , Posisi kamera , Light Soft Box , dan Latar Belakang ( Background). Setiap Sesi Pengambaran , jarak di antara model dan latar belakang sekurang- kurangnya 3 kaki untuk mendapatkan ruang. Selain itu, saya telah belajar tentang penggunaan Light Soft Box seperti Keamatan Cahaya dan kedudukan cahaya .kedudukan Jurukamera haruslah jauh daripada model . Ini kerana jurukamera akan mendapatkan Sharpness , Blur background dan sebagainya.



Speed: 1/200 Aperture : f/18
ISO : 800 Lens: 18mm-55mm

Dalam projek ini, Saya telah mengambil Model atlet Sukan sebagai model glamour photography. Ini kerana saya ingin eksperimen tentang glamour photography terhadap atlet sukan. Melalui projek ini, saya dapat belajar tentang lengkungan(Action Line) dan Body structure pada manusia.Selain itu, saya juga dapat belajar tentang Organic form daripada pencahayaan.

Speed:1/200 Aperture : f/18
ISO : 800 Lens : 18mm -55mm