Tuesday, September 7, 2010

Kuching Design Festival 2011 official website




Pengenalan
Laman web merupakan salah satu media penyampai maklumat yang baru dalam era globalisasi ini . Laman web juga dapat dikategorikan sebagai alat multimedia interaktif dimana ia mempunyai visual , animasi , grafik , bunyi ,teks dan sebagainya. Namun itu , laman web juga mempunyai pelayaran (navigation ) untuk memudah pengguna melayari web tersebut.
Kuching Design Festival 2011 merupakan pesta seni reka yang akan diadakan pada 11 november 2011 dan bertempat di stadium perpaduan kuching. Dalam kelas GKG 3013Reka Bentuk Laman Web , Kuching Design Festival 2011 merupakan salah satu projek saya untuk mereka bentuk sebuah laman web. Laman web ini bertujuan untuk member maklumat kepada orang ramai tentang kuching Design Festival 2011 yang akan berlansung. Melalui laman web ini , para peserta daripada pelbagai Negara dapat mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.Selain itu , Laman web ini telah menyediakan panduan peta kepada orang ramai dan peserta untuk mengetahui tempat berlangsunya festival ini.Tambahan pula , dalam laman web ini terdapat galeri yang mengandungi hasil karya – karya oleh pereka – pereka dari seluruh Negara . Ini akan menarik minat para pengunjung untuk dating ke Kuching Design Festival 2011 yang akan datang.
Laman web ini amat penting untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Disamping itu , rekaan grafik dan imei- imej yang menarik mampu mempromosikan Bandar raya kuching sebagai destinasi pelacongan.


Proses Reka bentuk














/>



Laporan

brief report on the process of development/user testing.
Dalam kelas GKG 3013 Reka bentuk Laman web telah diberi tugasan untuk mereka bentuk laman web Kuching Design Festival 2011. Tugasan ini adalah menumpukan pada muka hadapan atau lebih dikenali sebagai interface serta imej yang bersesuaian dengan tema tersebut. Selain itu ,fungsi bagi setiap butang berfungsi dengan baik dan menarik perhatian kepasa para pengguna apabila melayari laman web ini . Interface atau permukaan hadapan memainkan peranan yang sangat penting bagi menarik minat pengguna untuk terus kekal dan sekali gus melihat keseluruhan laman web ini .
Pada peringkat pertama, brainstorm pada konsep amat penting agar pengguna dapat mengetahui dimana kita mempunyai fokus . Saya telah memilih konsep “kontemporari” dalam laman web Kuching Design Festival 2011 . Dalam web ini , saya banyak menggunkan shape (bentuk ) , color ( Warna harmoni ) , line ( garisan) dan image (imejan) . Hal ini kerana saya ingin menengahkan konsep kontemporari sebagai teknik dan trend semasa . Ia mampu menarik perhatian para remaja dan dewasa untuk melayari laman web ini . Selain itu , Penggunaan warna amat penting seperti warna harmoni mampu menenangkan jiwa para pengguna . Tambahan pula , penggunaan warna kelabu dan pink merupakan identiti laman web ini . penggunaan garisan bertujaan untuk memberi rentak dan irama pada laman web ini. Adobe Photoshop CS4 dan Adobe Illustrator CS4 digunakan sepenuhnya pembikinan pada permukaan hadapan laman web ini.
Terdapat juga masalah yang timbul, sebagai contoh rollover button digunakan bagi membuatkan laman web nampak lebih menarik. ia telah menjadi masalah semasa menyambungkan satu halaman ke halaman yang lain. Oleh disebabkan itu ,rollover button tidak dapat digunakan pada mulanya. Tetapi masalah ini dapat diatasi dengan memastikan semasa menyambungkan satu halaman yang lain ke halaman yang lain mestilah dilakukan dengan betul dan dilakukan terlebih dahulu semasa menggunakan rollover button.Saya telah menggunakan Adobe Dreamweaver CS4 untuk membuat laman web ini.
Saya telah membuat ujian terhadap laman web ini . Seorang Pengguna telah menguji laman web ini .Beliau telah mengatakan bahawa laman web ini ringkas dan menarik perhatian setiap pengguna. Hal ini disebabkan penggunaan warna yang harmoni dan mudah untuk dilayari .Secara keseluruhan, ia amat menarik perhatiap setiap pengguna.

Thursday, September 2, 2010

Cover CD for Kiosk MBO [ Ticketing System ] Re-Design




Pengenalan

Multimedia interaktif merupakan salah satu teknologi baru yang membantu manusia dalam kehidupan seharian manusia dalam menarajui era globalisasi .Multimedia interaktif adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Multimedia dan interaktif.

Multimedia adalah satu proses komunikasi interaktif yang menggunakan teknologi Komputer. Multimedia juga bermaksud kepelbagaian unsur media digital seperti teks, Grafik , Animasi, video dan muzik untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pengguna. Interaktif juga adalah yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif .Tambahan pula , pengguna dapat mengawal sesuatu yang dilihat atau visual , audio dan boleh menentukan hala tuju semasa berinteraksi.Terdapat beberapa contoh produk multimedia interaktif iaitu Mesin ATM , Telefon bimbit , CD- ROM dan sebagainya. Produk – produk ini sangat penting dalam kehidupan manusia serta memudahkan urusan – urusan samaada kerajaan , swasta ( perniagaan) dan lain –lain. Selain itu , ia juga dapat menjimatkan waktu pengguna dan membantu dalam system komunikasi.
Di Malaysia , Penggunaan multimedia interaktif semakin meningkat. Hal ini disebabkan multimedia interaktif diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira waktu . Malah , penyalahangunaan teknologi ini juga turut berlaku di Negara ini.Ini akan menyebabkan pelbagai masalah terjadi kepada negara .