
Pengenalan
Multimedia interaktif merupakan salah satu teknologi baru yang membantu manusia dalam kehidupan seharian manusia dalam menarajui era globalisasi .Multimedia interaktif adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Multimedia dan interaktif.
Multimedia adalah satu proses komunikasi interaktif yang menggunakan teknologi Komputer. Multimedia juga bermaksud kepelbagaian unsur media digital seperti teks, Grafik , Animasi, video dan muzik untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pengguna. Interaktif juga adalah yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif .Tambahan pula , pengguna dapat mengawal sesuatu yang dilihat atau visual , audio dan boleh menentukan hala tuju semasa berinteraksi.Terdapat beberapa contoh produk multimedia interaktif iaitu Mesin ATM , Telefon bimbit , CD- ROM dan sebagainya. Produk – produk ini sangat penting dalam kehidupan manusia serta memudahkan urusan – urusan samaada kerajaan , swasta ( perniagaan) dan lain –lain. Selain itu , ia juga dapat menjimatkan waktu pengguna dan membantu dalam system komunikasi.
Di Malaysia , Penggunaan multimedia interaktif semakin meningkat. Hal ini disebabkan multimedia interaktif diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira waktu . Malah , penyalahangunaan teknologi ini juga turut berlaku di Negara ini.Ini akan menyebabkan pelbagai masalah terjadi kepada negara .
No comments:
Post a Comment