Saturday, October 30, 2010

3D Character Design





Animasi Lanjutan 2 adalah merupakan kursus animasi yang terakhir untuk program animasi . Kursus ini adalah khusus untuk pelajar Tahun 3 program animasi( Design Technology, FACA).En.Kamal daripada Kromosom lab menjadi pensyarah untuk kursus animasi lanjutan 2.Dalam Kelas ini,En.Kamal telah memberi 3 projek iaitu Modeling&texturing,rigging &walk cycle.

Sunday, October 24, 2010

Final Project Web Design

Cowboy Town Coffee Shop
Laporan


Ini adalah projek yang terakhir bagi subjek Web Design. kali ini, kami telah dibagikan projek mereka laman Web yang mengikut bidang sendiri iaitu Animation akan mereka sebuah Website tentang kedai Kopi(Coffee Shop) . Manakala, Industrial Design akan mereka website tentang produk yang berkaitan dengan industrial dan sebagainya.
Dalam mereka web ini , saya telah mereka sebuah banner akan di attach di bahagian Header. Banner ini adalah berukuran 1024x250 yang bersesuaian dengan header tersebut. Saya telah menggunakan Perisian Adobe Flash Professional CS4 untuk mereka bentuk banner tersebut.Sebelum itu , saya akan membuat beberapa lakaran (sketch) untuk mendapatkan Idea seperti Logo , Character Design dan background. Dalam Banner ini, saya akan meletakan sebuah watak cowboy yang sedang minum kopi sebagai ikon untuk Coffee shop tersebut.Kemudian , saya akan membuat tracing ke dalam Adobe Illustrator CS4. Seterusnya , saya membuat animasi dalam Flash .
saya telah mengambil gambar papan dengan menggunakan Kamera DSLR Sony alpha 230.Gambar papan sebagai background dalam Website ini . Gambar papan itu adalah bersesuaian dengan Tema Cowboy. Dalam Kehidupan cowboy , elemen Kayu sering digunakan untuk membuat rumah , kandang kuda dan sebagainya. Seterusnya , Saya mereka bentuk template dan button untuk website ini . Kemudian , saya akan slice mengikut templates dan button tersebut. Saya akan menggunakan Adobe Dreamweaver untuk membuat button dan templates yang saya reka. Saya akan menggunakn div tag untuk membuat wrapper , header , navigation , content dan footer untuk CSS Style .Selepas semua siap diletak pada body web. kemudian, saya akan link button tersebut kepada page yang diingini. Dalam mereka web ini , terdapat beberapa masalah iaitu penggunaan editable region ,tag untuk background dan sebagainya.











Tuesday, September 7, 2010

Kuching Design Festival 2011 official website




Pengenalan
Laman web merupakan salah satu media penyampai maklumat yang baru dalam era globalisasi ini . Laman web juga dapat dikategorikan sebagai alat multimedia interaktif dimana ia mempunyai visual , animasi , grafik , bunyi ,teks dan sebagainya. Namun itu , laman web juga mempunyai pelayaran (navigation ) untuk memudah pengguna melayari web tersebut.
Kuching Design Festival 2011 merupakan pesta seni reka yang akan diadakan pada 11 november 2011 dan bertempat di stadium perpaduan kuching. Dalam kelas GKG 3013Reka Bentuk Laman Web , Kuching Design Festival 2011 merupakan salah satu projek saya untuk mereka bentuk sebuah laman web. Laman web ini bertujuan untuk member maklumat kepada orang ramai tentang kuching Design Festival 2011 yang akan berlansung. Melalui laman web ini , para peserta daripada pelbagai Negara dapat mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.Selain itu , Laman web ini telah menyediakan panduan peta kepada orang ramai dan peserta untuk mengetahui tempat berlangsunya festival ini.Tambahan pula , dalam laman web ini terdapat galeri yang mengandungi hasil karya – karya oleh pereka – pereka dari seluruh Negara . Ini akan menarik minat para pengunjung untuk dating ke Kuching Design Festival 2011 yang akan datang.
Laman web ini amat penting untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Disamping itu , rekaan grafik dan imei- imej yang menarik mampu mempromosikan Bandar raya kuching sebagai destinasi pelacongan.


Proses Reka bentuk














/>



Laporan

brief report on the process of development/user testing.
Dalam kelas GKG 3013 Reka bentuk Laman web telah diberi tugasan untuk mereka bentuk laman web Kuching Design Festival 2011. Tugasan ini adalah menumpukan pada muka hadapan atau lebih dikenali sebagai interface serta imej yang bersesuaian dengan tema tersebut. Selain itu ,fungsi bagi setiap butang berfungsi dengan baik dan menarik perhatian kepasa para pengguna apabila melayari laman web ini . Interface atau permukaan hadapan memainkan peranan yang sangat penting bagi menarik minat pengguna untuk terus kekal dan sekali gus melihat keseluruhan laman web ini .
Pada peringkat pertama, brainstorm pada konsep amat penting agar pengguna dapat mengetahui dimana kita mempunyai fokus . Saya telah memilih konsep “kontemporari” dalam laman web Kuching Design Festival 2011 . Dalam web ini , saya banyak menggunkan shape (bentuk ) , color ( Warna harmoni ) , line ( garisan) dan image (imejan) . Hal ini kerana saya ingin menengahkan konsep kontemporari sebagai teknik dan trend semasa . Ia mampu menarik perhatian para remaja dan dewasa untuk melayari laman web ini . Selain itu , Penggunaan warna amat penting seperti warna harmoni mampu menenangkan jiwa para pengguna . Tambahan pula , penggunaan warna kelabu dan pink merupakan identiti laman web ini . penggunaan garisan bertujaan untuk memberi rentak dan irama pada laman web ini. Adobe Photoshop CS4 dan Adobe Illustrator CS4 digunakan sepenuhnya pembikinan pada permukaan hadapan laman web ini.
Terdapat juga masalah yang timbul, sebagai contoh rollover button digunakan bagi membuatkan laman web nampak lebih menarik. ia telah menjadi masalah semasa menyambungkan satu halaman ke halaman yang lain. Oleh disebabkan itu ,rollover button tidak dapat digunakan pada mulanya. Tetapi masalah ini dapat diatasi dengan memastikan semasa menyambungkan satu halaman yang lain ke halaman yang lain mestilah dilakukan dengan betul dan dilakukan terlebih dahulu semasa menggunakan rollover button.Saya telah menggunakan Adobe Dreamweaver CS4 untuk membuat laman web ini.
Saya telah membuat ujian terhadap laman web ini . Seorang Pengguna telah menguji laman web ini .Beliau telah mengatakan bahawa laman web ini ringkas dan menarik perhatian setiap pengguna. Hal ini disebabkan penggunaan warna yang harmoni dan mudah untuk dilayari .Secara keseluruhan, ia amat menarik perhatiap setiap pengguna.

Thursday, September 2, 2010

Cover CD for Kiosk MBO [ Ticketing System ] Re-Design




Pengenalan

Multimedia interaktif merupakan salah satu teknologi baru yang membantu manusia dalam kehidupan seharian manusia dalam menarajui era globalisasi .Multimedia interaktif adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Multimedia dan interaktif.

Multimedia adalah satu proses komunikasi interaktif yang menggunakan teknologi Komputer. Multimedia juga bermaksud kepelbagaian unsur media digital seperti teks, Grafik , Animasi, video dan muzik untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pengguna. Interaktif juga adalah yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif .Tambahan pula , pengguna dapat mengawal sesuatu yang dilihat atau visual , audio dan boleh menentukan hala tuju semasa berinteraksi.Terdapat beberapa contoh produk multimedia interaktif iaitu Mesin ATM , Telefon bimbit , CD- ROM dan sebagainya. Produk – produk ini sangat penting dalam kehidupan manusia serta memudahkan urusan – urusan samaada kerajaan , swasta ( perniagaan) dan lain –lain. Selain itu , ia juga dapat menjimatkan waktu pengguna dan membantu dalam system komunikasi.
Di Malaysia , Penggunaan multimedia interaktif semakin meningkat. Hal ini disebabkan multimedia interaktif diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira waktu . Malah , penyalahangunaan teknologi ini juga turut berlaku di Negara ini.Ini akan menyebabkan pelbagai masalah terjadi kepada negara .

Sunday, August 22, 2010

GKG3013 sketches for Web design




Projek pertama kelas dalam adalah "Kuching Design Week 2011 Festival Website" . Saya akan mereka satu laman web tentang Kuching Design Week 2011 Festival website. Sebelum saya mereka web ini , Saya akan menganalisa tentang fasa - fasa dalam reka bentuk laman wed terdahulu Seperti Information gathering , planning , Design , Development , Testing & Delivery dan Maintenance .
Seterusnya , saya akan membuat lakaran (Sketch )tentang Interface Design web. Lakaran amat penting dalam reka bentuk web. Ia memudahkan pereka untuk menyusun butang (button) , Imej dan sebagainya.Selain itu , Ia dapat membantu pereka dalam pemilihan warna dalam Interface dan penggunaan ruang ( Space) . Tambahan pula , Seorang pereka Laman Web ( Web site) perlu melakarkan satu papan penceritaan ( Storyboard) untuk memudahkan pereka untuk membuat plan terhadap pelayaran ( Navigation) .

Monday, April 19, 2010

Cheetah The Samurai




hai.... ini merupakan Final project untuk Kelas Animasi Lanjutan 1 .Saya telah membuat satu karekter animasi Samurai berbadan cheetah. Saya suka cheetah kerana bentuk badan yang panjang dan lansing untuk memudahkannya berlari dengan laju. Saya telah menerapkan elemen ini ke dalam karekter Samurai ini. Samurai adalah amat terkenal dengan kegagahan ketenteraan pada zaman jepun dahulu.
Selain itu, Pakaiannya amat menarik serta helmetnya. Saya dapat ilham ini daripada filem the last samurai. Pakaian samurai amat menyeramkan dan gagah. Maka , saya telah menggabungkan dua elemen ini menjadi sebuah karekter yang gagah.




Wednesday, April 14, 2010

Food & Fruit Photography



Food & Fruit photography merupakan teknik untuk mempromosikan sesuatu produk terutamanya makanan . Teknik ini boleh menarik perhatian para pelanggan serta ingin merasa makanan tersebut.





Glass Photography


Speed:1/160 aperture:f4.5
ISO :100 Lens: 100



Ini merupakan teknik Glass Photography untuk mengambil gambar yang bersifat bersinar dan berkilat. Teknik ini adalah untuk mengelakkan daripada pembiasan cahaya dan pantulan yang berlebihan .selain itu , ia juga adalah membantu supaya imej juru kamera tidak timbul pada permukaan gelas tersebut.





Speed: 1/125 apeture:f5.6

ISO : 100 Lens: 18mm - 55mm



Friday, April 9, 2010

Trip To Annah Rais

Title:Depth of Field Speed:1/100
Aperture: f5.6 ISO :400

Ini merupakan salah satu projek luar untuk subjek fotografi untuk pereka.Kami telah melawat ke sebuah perkampungan Bidayuh di daerah Padawan iaitu Kampung Annah Rais. Kami juga diiringi oleh 3 orang pensyarah. Gambar diatas merupakan salah satu teknik Depth of field yang telah saya aplikasikan semasa mengambil gambar bunga ini. Gambar ini sungguh menarik kerana terdapat beberapa ekor semut sedang menghisap manisan pada bunga tersebut. Saya telah mengfokuskan kepada semut tersebut.


Speed : 1/60 Aperture: f5.6
ISO : 400 Lens: 18mm-55mm
Gambar ini adalah salah seorang daripada penduduk kampung tersebut sedang menunjukkan kemahirannya dalam bermain muzik iaitu Gong Buluh. Gong Buluh ini dipebuat daripada buluh betong dan mempunyai 5 tali pada permukaan buluh tersebut.





Speed:1/60 Aperture:6.3
ISO: 400 Lens :18mm-55mm



Title: Texture Speed:1/4o

Aperture :f5 ISO: 400

Lumut adalah salah satu tekstura yang menarik kerana bentuk dan permukaannya adalah lembut serta licin . Lumut ini dijumpai dipermukaan tangga simen yang lembap.Saya menghadapi kesukaran untuk mengambil gambar ini kerana saya terpaksa meniarap untuk mendapatkan angle dan shot yang baik.



Title : The oldman in Longhouse Speed: 1/15
Aperture: f5.6 ISO:800

Atuk ini merupakan warga yang tertua di kampung tersebut. Saya suka shot ini kerana lebih dramatik .


Speed:1/40 Aperture: f10

ISO:3200 Lens:18mm-55mm



Title: pattern Aperture:f5

Speed:1/40 ISO: 400
Ini merupakan buluh telah disusun untuk dijadikan kayu api.Saya Shot ini kerana ia ringkas dan menarik . Penyusunan buluh ini telah menimbulkan pattern pada foto ini.