Sunday, October 24, 2010

Final Project Web Design

Cowboy Town Coffee Shop
Laporan


Ini adalah projek yang terakhir bagi subjek Web Design. kali ini, kami telah dibagikan projek mereka laman Web yang mengikut bidang sendiri iaitu Animation akan mereka sebuah Website tentang kedai Kopi(Coffee Shop) . Manakala, Industrial Design akan mereka website tentang produk yang berkaitan dengan industrial dan sebagainya.
Dalam mereka web ini , saya telah mereka sebuah banner akan di attach di bahagian Header. Banner ini adalah berukuran 1024x250 yang bersesuaian dengan header tersebut. Saya telah menggunakan Perisian Adobe Flash Professional CS4 untuk mereka bentuk banner tersebut.Sebelum itu , saya akan membuat beberapa lakaran (sketch) untuk mendapatkan Idea seperti Logo , Character Design dan background. Dalam Banner ini, saya akan meletakan sebuah watak cowboy yang sedang minum kopi sebagai ikon untuk Coffee shop tersebut.Kemudian , saya akan membuat tracing ke dalam Adobe Illustrator CS4. Seterusnya , saya membuat animasi dalam Flash .
saya telah mengambil gambar papan dengan menggunakan Kamera DSLR Sony alpha 230.Gambar papan sebagai background dalam Website ini . Gambar papan itu adalah bersesuaian dengan Tema Cowboy. Dalam Kehidupan cowboy , elemen Kayu sering digunakan untuk membuat rumah , kandang kuda dan sebagainya. Seterusnya , Saya mereka bentuk template dan button untuk website ini . Kemudian , saya akan slice mengikut templates dan button tersebut. Saya akan menggunakan Adobe Dreamweaver untuk membuat button dan templates yang saya reka. Saya akan menggunakn div tag untuk membuat wrapper , header , navigation , content dan footer untuk CSS Style .Selepas semua siap diletak pada body web. kemudian, saya akan link button tersebut kepada page yang diingini. Dalam mereka web ini , terdapat beberapa masalah iaitu penggunaan editable region ,tag untuk background dan sebagainya.











No comments:

Post a Comment