Saturday, November 24, 2012

My new blog



      Hi guys... how r u? sudah lama saya tidak update blog ini. Jadi, saya nak mengumumkan blog baru saya  iaitu http://vandenmichaelphotography.blogspot.com/ tentang fotografi. Sekarang saya baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan fotografi. Setakat ini permintaan cukup memberansangkan  daripada client.

Sunday, May 8, 2011

Cipta montage



Ini adalah merupakan Video pelancaran Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (Cipta) 2011 yang berlangsung di panggung eksperimental (ET) Fakulti seni Gunaan dan Kreatif.
Saya merupakan ketua dalam Team Video Montage ini yang terdiri daripada Irfan Faiz ( 3D animator ) , Mukhlis ,Osman dan Firdaus (Graphic Design) dan saya merupakan (VFX) .Logo tersebut telah direka oleh Mamat bachuk dan M.Ruzaini @Beni (Graphic Design). Untuk menghasilkan video ini mengambil masa selama 3 minggu termasuklah 2 kali pembentangan untuk kelulusan.

Saturday, October 30, 2010

3D Character Design





Animasi Lanjutan 2 adalah merupakan kursus animasi yang terakhir untuk program animasi . Kursus ini adalah khusus untuk pelajar Tahun 3 program animasi( Design Technology, FACA).En.Kamal daripada Kromosom lab menjadi pensyarah untuk kursus animasi lanjutan 2.Dalam Kelas ini,En.Kamal telah memberi 3 projek iaitu Modeling&texturing,rigging &walk cycle.

Sunday, October 24, 2010

Final Project Web Design

Cowboy Town Coffee Shop
Laporan


Ini adalah projek yang terakhir bagi subjek Web Design. kali ini, kami telah dibagikan projek mereka laman Web yang mengikut bidang sendiri iaitu Animation akan mereka sebuah Website tentang kedai Kopi(Coffee Shop) . Manakala, Industrial Design akan mereka website tentang produk yang berkaitan dengan industrial dan sebagainya.
Dalam mereka web ini , saya telah mereka sebuah banner akan di attach di bahagian Header. Banner ini adalah berukuran 1024x250 yang bersesuaian dengan header tersebut. Saya telah menggunakan Perisian Adobe Flash Professional CS4 untuk mereka bentuk banner tersebut.Sebelum itu , saya akan membuat beberapa lakaran (sketch) untuk mendapatkan Idea seperti Logo , Character Design dan background. Dalam Banner ini, saya akan meletakan sebuah watak cowboy yang sedang minum kopi sebagai ikon untuk Coffee shop tersebut.Kemudian , saya akan membuat tracing ke dalam Adobe Illustrator CS4. Seterusnya , saya membuat animasi dalam Flash .
saya telah mengambil gambar papan dengan menggunakan Kamera DSLR Sony alpha 230.Gambar papan sebagai background dalam Website ini . Gambar papan itu adalah bersesuaian dengan Tema Cowboy. Dalam Kehidupan cowboy , elemen Kayu sering digunakan untuk membuat rumah , kandang kuda dan sebagainya. Seterusnya , Saya mereka bentuk template dan button untuk website ini . Kemudian , saya akan slice mengikut templates dan button tersebut. Saya akan menggunakan Adobe Dreamweaver untuk membuat button dan templates yang saya reka. Saya akan menggunakn div tag untuk membuat wrapper , header , navigation , content dan footer untuk CSS Style .Selepas semua siap diletak pada body web. kemudian, saya akan link button tersebut kepada page yang diingini. Dalam mereka web ini , terdapat beberapa masalah iaitu penggunaan editable region ,tag untuk background dan sebagainya.











Tuesday, September 7, 2010

Kuching Design Festival 2011 official website




Pengenalan
Laman web merupakan salah satu media penyampai maklumat yang baru dalam era globalisasi ini . Laman web juga dapat dikategorikan sebagai alat multimedia interaktif dimana ia mempunyai visual , animasi , grafik , bunyi ,teks dan sebagainya. Namun itu , laman web juga mempunyai pelayaran (navigation ) untuk memudah pengguna melayari web tersebut.
Kuching Design Festival 2011 merupakan pesta seni reka yang akan diadakan pada 11 november 2011 dan bertempat di stadium perpaduan kuching. Dalam kelas GKG 3013Reka Bentuk Laman Web , Kuching Design Festival 2011 merupakan salah satu projek saya untuk mereka bentuk sebuah laman web. Laman web ini bertujuan untuk member maklumat kepada orang ramai tentang kuching Design Festival 2011 yang akan berlansung. Melalui laman web ini , para peserta daripada pelbagai Negara dapat mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.Selain itu , Laman web ini telah menyediakan panduan peta kepada orang ramai dan peserta untuk mengetahui tempat berlangsunya festival ini.Tambahan pula , dalam laman web ini terdapat galeri yang mengandungi hasil karya – karya oleh pereka – pereka dari seluruh Negara . Ini akan menarik minat para pengunjung untuk dating ke Kuching Design Festival 2011 yang akan datang.
Laman web ini amat penting untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Disamping itu , rekaan grafik dan imei- imej yang menarik mampu mempromosikan Bandar raya kuching sebagai destinasi pelacongan.


Proses Reka bentuk














/>



Laporan

brief report on the process of development/user testing.
Dalam kelas GKG 3013 Reka bentuk Laman web telah diberi tugasan untuk mereka bentuk laman web Kuching Design Festival 2011. Tugasan ini adalah menumpukan pada muka hadapan atau lebih dikenali sebagai interface serta imej yang bersesuaian dengan tema tersebut. Selain itu ,fungsi bagi setiap butang berfungsi dengan baik dan menarik perhatian kepasa para pengguna apabila melayari laman web ini . Interface atau permukaan hadapan memainkan peranan yang sangat penting bagi menarik minat pengguna untuk terus kekal dan sekali gus melihat keseluruhan laman web ini .
Pada peringkat pertama, brainstorm pada konsep amat penting agar pengguna dapat mengetahui dimana kita mempunyai fokus . Saya telah memilih konsep “kontemporari” dalam laman web Kuching Design Festival 2011 . Dalam web ini , saya banyak menggunkan shape (bentuk ) , color ( Warna harmoni ) , line ( garisan) dan image (imejan) . Hal ini kerana saya ingin menengahkan konsep kontemporari sebagai teknik dan trend semasa . Ia mampu menarik perhatian para remaja dan dewasa untuk melayari laman web ini . Selain itu , Penggunaan warna amat penting seperti warna harmoni mampu menenangkan jiwa para pengguna . Tambahan pula , penggunaan warna kelabu dan pink merupakan identiti laman web ini . penggunaan garisan bertujaan untuk memberi rentak dan irama pada laman web ini. Adobe Photoshop CS4 dan Adobe Illustrator CS4 digunakan sepenuhnya pembikinan pada permukaan hadapan laman web ini.
Terdapat juga masalah yang timbul, sebagai contoh rollover button digunakan bagi membuatkan laman web nampak lebih menarik. ia telah menjadi masalah semasa menyambungkan satu halaman ke halaman yang lain. Oleh disebabkan itu ,rollover button tidak dapat digunakan pada mulanya. Tetapi masalah ini dapat diatasi dengan memastikan semasa menyambungkan satu halaman yang lain ke halaman yang lain mestilah dilakukan dengan betul dan dilakukan terlebih dahulu semasa menggunakan rollover button.Saya telah menggunakan Adobe Dreamweaver CS4 untuk membuat laman web ini.
Saya telah membuat ujian terhadap laman web ini . Seorang Pengguna telah menguji laman web ini .Beliau telah mengatakan bahawa laman web ini ringkas dan menarik perhatian setiap pengguna. Hal ini disebabkan penggunaan warna yang harmoni dan mudah untuk dilayari .Secara keseluruhan, ia amat menarik perhatiap setiap pengguna.