
Monday, February 22, 2010
Tuesday, February 16, 2010
Tilt Shift Photography

Lokasi : Serian
Speed: 1/120 aperture : f 8
ISO : 100 Lens: 18mm-55mm
Projek ini merupakan Tilt shift Photography .Teknik fotografi ini seakan- akan taman permainan, kereta permainan , plan rumah dan sebagainya. Jurufoto harus berada pada kedudukan yang tinggi iaitu dianggarkan 50m- 200m daripada daratan. saya mengambil foto ini di sebuah bangunan 4 tingkat. Paling penting adalah objek yang kita hendaki seperti bangunan , kenderaan dan manusia.

Lokasi : Serian
Speed : 1/125 aperture: f/8
ISO : 100 Lens: 18mm-55mm
Saya telah membuat eksperimen terhadap foto ini . Berdasarkan foto ini, Saya dapati bahawa objek yang dekat tidak mampu menghasilkan foto tilt shift walaupun telah mengkaburkan persekitaran pada imej ini. Selain itu, Teknik long shot tidak sesuai untuk menghasilkan foto tilt shift.

Lokasi : Serian
Speed : 1/8 Aperture: f/3.5
ISO : 100 Lens: 18mm-55mm
Saya mengambil foto ini pada ketinggian 50m daripada daratan iaitu bangunan 4 tingkat. Hasilnya lebih jelas kerana apabila pada kedudukan yang tinggi persekitaran dilihat keseluruhan. Maka , kita dapat mengfokuskan objek yang kita mahukan dan persekitaran harus dikaburkan atau blur untuk menimbulkan objek yang kita hendak.Melalui projek ini, saya dapat belajar sedikit sebanyak tentang teknik tilt shift.
Tuesday, February 9, 2010
Bokeh Images
ISO : 1600 Lens: 18mm-55mm
Projek ini dikenali Bokeh Fotografi yang berasal dari perkataan Jepun "Boke"yang bermaksud kabur atau blur.Saya telah membuat beberapa eksperimen terhadap lens yang ditutup oleh kertas hitam . Kertas hitam tersebut akan ditebuk dan membentuk corak bintang. Saiz Lubang harus sentiasa berubah untuk mendapatkan imej bintang.
ISO :3600 Lens :18mm-55mm
Saiz lubang Kertas tersebut haruslah kecil kerana belakunya biasan cahaya pada lens kamera.Pada pendapat saya, Saiz sederhana kecil iaitu sebesar lubang strow adalah sesuai kerana ia akan membentuk imej bintang yang sempurna.Selain itu, Saya perlu mengubah fokal lens seperti zoom in untuk mendapatkan imej bintang.
Monday, February 8, 2010
Project Post Production

Storyboard Opening Sequence
Ini adalah salah satu projek dalam subjek post production dan redesign opening sequence . Dalam projek ini ,saya telah belajar tentang penggunaan kamera dan Mask dalam Adobe After Effect.Kebanyakannya saya belajar sendiri dan membuat references melalui internet.Bagi saya konsep dan idea amat penting untuk mehasilkan karya seperti Opening sequence ini.All right reserved 2010
Tuesday, February 2, 2010
saya telah menggunakan bukaan aperture pada f 5.3 untuk menghasilkan Depth of field . Sebelum ini, saya menggunakan bukaan aperture pada f 3.5 dan imej terlalu terang atau dikenali over expose. Hal ini kerana bukaan aperture terlalu besar dan tidak dapat menghasilkan Depth of Field pada imej bunga ini.
Title: Line Location: Serian
speed: buld Aperture: f3.5
Iso :100 Lens: 18mm-55mm
Untuk mendapatkan imej sebegini , anda harus menggunakan buld . Anda harus menekan butang dalam masa 10 saat dan lepas. Imej akan menjadi seperti ini. Peringatan ISO harus ditukar setiap masa untuk menghasilkan imej yang baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)