
Lokasi : Serian
Speed: 1/120 aperture : f 8
ISO : 100 Lens: 18mm-55mm
Projek ini merupakan Tilt shift Photography .Teknik fotografi ini seakan- akan taman permainan, kereta permainan , plan rumah dan sebagainya. Jurufoto harus berada pada kedudukan yang tinggi iaitu dianggarkan 50m- 200m daripada daratan. saya mengambil foto ini di sebuah bangunan 4 tingkat. Paling penting adalah objek yang kita hendaki seperti bangunan , kenderaan dan manusia.

Lokasi : Serian
Speed : 1/125 aperture: f/8
ISO : 100 Lens: 18mm-55mm
Saya telah membuat eksperimen terhadap foto ini . Berdasarkan foto ini, Saya dapati bahawa objek yang dekat tidak mampu menghasilkan foto tilt shift walaupun telah mengkaburkan persekitaran pada imej ini. Selain itu, Teknik long shot tidak sesuai untuk menghasilkan foto tilt shift.

Lokasi : Serian
Speed : 1/8 Aperture: f/3.5
ISO : 100 Lens: 18mm-55mm
Saya mengambil foto ini pada ketinggian 50m daripada daratan iaitu bangunan 4 tingkat. Hasilnya lebih jelas kerana apabila pada kedudukan yang tinggi persekitaran dilihat keseluruhan. Maka , kita dapat mengfokuskan objek yang kita mahukan dan persekitaran harus dikaburkan atau blur untuk menimbulkan objek yang kita hendak.Melalui projek ini, saya dapat belajar sedikit sebanyak tentang teknik tilt shift.
No comments:
Post a Comment